Sunday, May 20, 2012

Aku, Nisah, Piqah, Mirahanim Part #1

KARYA AGUNG ATHIRAH AZLAN around 1:57 PM
entri saya 
0 NOTA CINTA Links to this post
Annyeong haseyo!


Pesta Tanglung 2010 di Kolej Matrikulasi Kedah.


"Wishing Mooncake" yang dianjurkan dalam bukan 8 kalau tak silap aku.


"Wishing Mooncake" ni macam... aku tak tau nak cakap macam mana. Tapi kamu kena bayar RM 3.00 dan tulis ucapan kepada sapa sapa saja yang kamu suka, atau kawan, atau lecturer dekat kad yang disediakan oleh AJK.


Dan RM 3.00 tu untuk satu beg kecil comel yang berisi mooncake, gula-gula dan macam macam lagi lah makanan makanan yang boleh muat dalam tu. Aku tak ingat sangat. Tapi banyak lah benda dalam beg tu. And beg tu berat jugak lah.


Tapi waktu bayar RM 3.00 tu, kita cuma tulis ucapan saja dan bagi kad tu kat AJK. Yang beg beg bertuah tu akan diedarkan oleh AJK kepada orang orang yang bertuah sekali dengan kad ucapan waktu nak dekat dengan perayaan Pesta Tanglung.


Aku ingat lagi,


Aku dengan Mirahanim, aku panggil Mira lah senang. Aku panggil Mirahanim takut terkeliru dengan Amira Farah yang sekelas sekali dengan kami.


Okey, aku dengan Mira, petang tu turun pi kafe B iaitu kafe di kolej kediaman aku, blok B. Mira yang dari Blok C, saja nak tukar angin, beli makan malam kat kafe B. 


Waktu tengah tunggu makanan tengah siap, sambil duduk duduk, Nisah dengan Piqah muncul tiba tiba.


Sembang sembang sembang sembang, ada sorang kawan Cina perempuan ni, nama dia Tze Tze (kalau tak silap aku, dia kata nama dia sebutan dia 'cheezy' tapi aku panggil dia 'zizi' senang sikit) mai kat meja kami. Dia jual kad Wishing Mooncake. Tanya nak beli tak.


Mula mula ingta tak nak beli. Tapi lama jugak kami fikir sebelum bagi jawapan.


Tapi memandangkan kami sedar bahawa tidak akan ada sapa sapa yang akan bagi benda tu kat kami so kami berempat akan bagi sesama sendiri so kami pun bayar lah RM3.00 kat Tze Tze.


Aku bagi kat Mira, Mira bagi kat Piqah, Piqah bagi kat Nisah and Nisah bagi kat aku. Hahahaha. 


Aku rasa macam tu kot flow dia. Tapi yang pasti, aku bagi kat Mira and Nisah bagi kat aku. Aku simpan lagi kad Nisah. :)


Lepas tulis ucapan, terus bagi kad kat Tze Tze. And dia cakap nanti depa buat pengumuman bila boleh ambik beg tu.


And dalam bulan 9, dekat dekat dengan Pesta Tanglung, baru depa buat pengumuman, suruh cek nama sapa yang dapat. Depa tampal senarai nama nama yang bertuah yang dapat dan kuantiti berapa banyak yang dia dapat dekat notice board dekat bangunan dewan kuliah. Kami pun pi la cek. Ada la nama kami 4 orang. Haha.


So, kami pun pi la ambik beg comel tu and senyum sorang sorang. 








Dari kiri Nisah, Zatul and Piqah





Mira



Rindunya dekat hampa semua~~~~ :(

Perasmian SUKOL

KARYA AGUNG ATHIRAH AZLAN around 3:54 AM
entri saya 
0 NOTA CINTA Links to this post
Annyeong haseyo!

Jumaat, 18/5 ada perasmian SUKOL, sukan antara kolej.

Macam yang aku cakap hari tu, aku masuk perbarisan and sorak.

Petang Jumaat after kelas pukul 5 kena turun pi pejabat kolej ambik makanan and windbreaker.

Dalam 7.45 kena turun pi dataran kolej aku, Kolej Delima siap pakai windbreaker apa semua. Aku dengan Zatul memang kalut bersiap. Zatul dengan nak pakai bulu mata palsu lah, pakai lip balm lah and aku pulak nak buat tudung macam macam gayalah apa lah. Hahaha. Padahal nanti pakai windbreaker tu, tudung masuk dalam, orang tak nampak jugak aku buat gaya wardina ka apa ka. :P

Tapi last last, aku lepas ja tudung tu, tak buat apa apa. Buang masa ja. Zatul pulak tak jadi pakai bulu mata palsu, kepit bulu mata pun jadi lah. Tak sempat nak melawa. Hahaha. Sebab memang kami lambat.

Bila dah turun kat bawah tu, depa nak latih sekali lagi. Warm up sebelum bertanding malam kejap lagi. 

Dan tibalah masa yang menghangatkan hati aku. 

Sebenarnya macam ni, kami kena beratur tiga tiga memanjang sampai ke belakang. Baru nampak macam ramai sikit. Kalau tidak, dalam barisan aku, ada sorang budak dentist ni, dia duduk tengah, aku dengan akak medic sorang lagi duduk hujung kiri kanan. Kira macam apit budak dentist ni la.

Lepas tu, depan aku ada lagi satu barisan. Tapi petang tu, tiga tiga orang yang duduk depan aku semua tak mai. Sorang tu budak medic, yang lagi dua orang tu tak tau budak apa.

Kiranya aku depan sekali la. Lepastu tengah tu kosong. Dalam barisan aku ada aku dengan Kak Ziera tu ja. Nak buat macam mana, teruskanlah.

Tapi kan, geram aku sat ja.

Bila fikir aku duduk depan sekali, boleh la nak popular sikit. Boleh tunjuk muka

Hihihihihihihi. Shhhhh.

Dalam pukul 8 malam lebih macam tu, kami terus gerak gi stadium UiTM. Nasib baik dekat ja dengan kolej aku. Tak la penat sangat jalan.

Duduk depan best sebab semua staf kolej aku jalan depan. So, boleh la nak beramah mesra, berkenalan sembang sembang gitu. Staf kolej aku memang sangat caring. Tanya wifi okey tak, yang tu okey tak, yang ni okey tak, kalau tak okey dia nak bagi okey. Untuk keselesaan kami semua penghuni Kolej Delima ni.

Sampai ja kat stadium, nampak la geng geng perbarisan dari kolej kolej lain. Semua kolej yang bertanding malam tu ada 10 kolej. Satu kolej ja yang tak masuk. Kolej Kenanga. Kolej budak medic laki. Sebab apa? Sebab depa tak cukup orang. Budak laki medic tak sampai 70 orang pun. Patu abang abang year 2 tak dak. Sebab depa cuti. Baru habis Professional Exam. Nanti aku buat entry pasal Pro Exam ni.

Kalau nak masuk, kena ada 100 orang. So, depa pun tak boleh hantar wakil lah. Tolak yang balik rumah, tolak yang tak mau join, tak sampai 50 orang yang boleh join.

Tapi kan, malam tu bila tengok stadium dengan ramai penonton, dengan macam macam warna setiap kolej and dengan meriah meriah macam tu, benda tu memang sangat best. Aku suka aktiviti macam ni. Tersenyum sorang sorang aku time tu. Hahaha.

Malam tu perasmian SUKOL and pertandingan perbarisan ja. Yang game game lain lawan hari lain. 

Pengetua kolej aku tunggu kami kat stadium. Bagi kata kata semangat and macam macam la yang kami sembang.

Kolej Delima giliran nombor 6 untuk perform. Memang sangat nervous time tu. Pastu bila nampak geng geng kolej lain yang macam hebat hebat, pastu jenis yang semangat, lagi la rasa nervous. Ap la sangat budak delima ni. Skema gitu. Hahaha. Tak dapat dinafikan. Lagipun, moto budak medic UiTM adalah

Skema, Aktif dan Bergaya.

Hahaha.

Majlis start dengan tarian Citra Budaya. Lepas tu baru perbarisan. Dia actually bukanlah perbarisan pun. Dia more to sorak sorak, menari menari buat show sikit.

Tapi serius, kolej lain punya persembahan memang sangat best. Menari lagu Korea lah, pastu pergerakan semua sama, baju menarik semua menarik.

Kalau tengok kolej Delima, windbreaker warna kuning, maskot rabbit warna pink and bendera warna biru. Haha. Adoi~

Bila sampai turn kolej aku, memang rasa macam nak tercabut jantung. Dah la aku duduk depan sekali. Orang lagi bagi perhatian kat kami yang duduk depan. Tapi nasib baik waktu nak jalan masuk tu, Pengetua, semua staf kolej, maskot and pemegang bendera jalan depan sekali. Tapi bila tiba time show, depa semua akan ke belakang, aku pun kembali berdepan dengan penonton dan orang orang besar kat situ.

Tapi bila dengar sorakan dari penonton, rasa nervous tu hilang serta merta, so kami buat yang terbaik untuk malam tu dan malangnya kami tak menang. 

+_+!

Tapi takpa la. Apapun, malam tu memang sangat best. Aku sangat enjoy. 




Kami mewakili Kolej Delima. Semua geng aku ni. Taoi aku takda dalam gambar sebab aku geng depan. So aku bergambar dengan geng depan. Depa ni geng yang dok belakang. Hehe. Gambar ambik kat facebook Zatul dengan kapsyen 'Sapa kata budak Medic tak bersukan?'

Okey, ni Kak Ziera and Kak Nadya. Depa ni first year jugak sama dengan aku. Tapi kenapa kak? Sebab depa lepasan diploma. Result memang hebat la dari diploma nak masuk medic. Pandai akak dua orang ni. Yang kiri tu Kak Ziera, yang dok barisan depan sekali dengan aku. Kak Nadya duduk belakang aku.

Di sini, aku nak luahkan rasa bangga dan gembira aku kerana menjadi orang yang berjalan di hadapan sekali bersama Kak Ziera mengetuai kumpulan perbarisan Kolej Delima. Perasaan tu memang sangat best. Tak tau nak cerita macam mana.

Thanks semua!
:D

Friday, May 18, 2012

SUKOL

KARYA AGUNG ATHIRAH AZLAN around 12:26 AM
entri saya 
4 NOTA CINTA Links to this post
Moshimoshi~

Esok Jumaat lepas maghrib aku ada SUKOL, Sukan Antara Kolej. Aku masuk perbarisan. Actually tak mau participate pun, tai bila dengar depa kakak AJK asrama cakap, sapa yang involve dalam SUKOL, memang confirm dapat masuk kolej sem 3 ni. Aku apa lagi, terus letak nama masuk perbarisan and sorak.

Hari Selasa malam, aku ada latihan yang pertama untuk perbarisan. Bagi aku, best jugak. Memang best. Aku enjoy every step yang depa ajar. Hahaha. First time dapat buat aktiviti best kat UiTM. Adoi~

And tadi pun ada latihan sikit. Kami dua kali latihan ja. Esok ni nak lawan dah. Tapi perbarisan sat ja. Step pun sikit ja. Dia macam perasmian majlis macam tu. Aku mewakili Kolej Delima, kolej aku. Daripada 100 participants, 99% budak medic. Kira okay la.

Okeh, yang tu ja pasal SUKOL. Pendek ja. Tak tau nak cerita apa dah. Cuma nak cakap yang aku masuk perbarisan ja. 

Hebat dak?

Hihihihihi~

Peace!


Thursday, May 10, 2012

Entry paling fresh

KARYA AGUNG ATHIRAH AZLAN around 10:06 PM
entri saya 
0 NOTA CINTA Links to this post
Aku baru ja habis kelas kokurikulum tadi. Kelas start pukul 8 malam, habis pukul 10 malam. Tapi tadi lecturer tak datang, so dalam pukul 9 lebih tadi kami balik.

I was very very very upset tadi. Aku tak tau kenapa tapi everytime aku berjalan dalam group kawan aku yang tadi tu, aku memang sangat geram and sedih and macam macam lagi perasaan negatif.

Depa semua tu budak batch aku lah, dan sama kelas koko dengan aku. Aku sangat geram and hairan kenapa everytime aku cuba bercakap, depa macam tengok aku macam aku ni penyibuk. 

Aku tau sangat pandangan tu. Sangat obvious.

I was thinking really hard, kenapa depa macam tu dengan aku. Dengan room mate aku boleh ja happy happy tadi. And bila depa buat lawak, aku pun gelak la and bila aku gelak depa tengok aku dan aku stop gelak.

Sangat sakit hati tau bila kita gelak and orang tengok dengan muka yang menunjukkan aku  ni menyibuk and kita terpaksa stop.

Pandangan yang menunjukkan aku ni macam menyibuk.

????????????????

Time tu aku memang dah menggelegak dah. Sangat geram. Jalan hentak hentak kaki. Dah takda rasa malu dah. Orang nak tengok, tengok lah. Perasaan geram aku tu dah betul betul menguasai diri aku.

Aku keluar dari fakulti, nak balik naik bas. Stesen bas depan fakulti ja pun.

Aku try lagi sekali cakap dengan depa. Nak test betul tak tekaan aku.

Waktu tu they were laughing laughing, happy happy and they were talking about satu konsert yang ada dekat medan makan depan fakulti and aku dengar macam depa nak pi.

Aku tanya la,

"Nak pi ka?"

And terus depa stop and pandang aku and jawab acuh tak acuh ja.

And aku terus potong depa laju laju, terus naik bas. Depa balik jalan kaki.

Dalam bas, otometik air mata keluar. Tadi aku punya marah, aku tak kan nagis, tapi lain pulak jadi. Sungguh aku hairan.

And bila sampai bilik tadi, aku cek phone.

Tak dak.

Time tu Zatul baru balik.

Aku selonglar semua isi dalam beg aku.

Tak dak.

Aku goncang goncang beg aku macam orang gila.

Tak dak.

Aku selongkar segala benda kat tempat aku.

Tak dak.

Aku dah lembik, aku rasa macam tak dak apa apa, kosong.

Aku tau itu over, tapi bagi aku handphone aku tu sangat penting. Sebab every night aku akan call family aku buat penguat hati dan semangat. Bila medium tu hilang, aku rasa macam aku hilang everything. Aku rasa macam nak pengsan. Air mata sekali lagi turun.

Ni kali kedua handphone aku hilang. Yang kes pertama, aku hilang handphone yang abah bagi sebab abah beli handphone baru. 

Hilang kat UiTM jugak. Aku memang down untuk sebulan lebih macam tu. Everytime aku tengok charger dia yang dok melekat kat plug, aku terus nangis. Lepas tu aku simpan charger tu, tak nak tengok dah. Banyak sangat kenangan aku dengan phone tu. Aku pakai tak lama mana pun, waktu aku dok kat matrik baru start guna tapi memang aku sayang phone tu plus phone tu abah yang bagi.

Tapi nasib baik ada handphone lagi satu. Aku guna sampai sekarang.

Bila aku yakin yang handphone aku tu hilang, and Zatul pun Call number aku banyak kali, and kebetulan aku silentkan phone tapi nasib baik bateri banyak lagi, Zatul terus cadang,

"Kami rasa hampa punya handphone tertinggal kat bas. Sebab tadi on the way blik kami nampak hampa pegang handpone. Maybe waktu hampa duduk dalam bas, hampa terlupa letak handphone dalam beg, hampa tertinggal kat seat hampa. Lebih bek hampa pi kat stesen bas tempat hampa turun tadi. Sebab bas tu bas UiTM dalaman, dia mai balik kat stesen tu."

"Ha'ah la, kami rasa kami tinggai dalam bas."

And terus aku cepat cepat jalan. Stesen bas tu dekat ja, seminit ja jalan tapi kena naik bukit.

Sampai kat sana, memang ramai orang tengah tunggu bas. Aku tak boleh tahan dah. Aku nangis nagus nangis. Orang tengok aku pelik. Sambil tu aku doa supaya Allah temukan aku dengan handphone aku.

Aku bawak sekali handphone Zatul and aku terus menerus call number aku. Tak dak respon. And dugaan lagi, handphone Zatul habis bateri. Aku cuma boleh tunggu bas tu ja la.

Tunggu punya tunggu dengan nangis nangis dengan doa doa, lama sangat aku tunggu, rasa macam nak berheti tunggu pun ada sebab tak dak satu bas pun yang lalu. Tapi tiba tiba ada bas UiTM ni mai, aku terus bangun, lagi laju aku doa, 'Tolong aku Ya Allah' banyak kali.

And bila bas tu berhenti, aku tengok warna dia sama dengan warna yang aku naik tadi.

Aku pun cepat cepat pi kat bas, tunggu dia bukak pintu.

Bukak ja pintu, aku nampak pakcik driver yang sama.

Aku semakin berdebar, rasa nak pengsan pun ada.

Seat yang aku duduk tadi betul betul belakang driver. Lepas tengok pakcik tu, aku terus tengok seat belakang dia.

And 

ALHAMDULILLAH!!!!

Au nampak handphone pink aku elok ja duduk dekat seat aku. Aku terus ambik. Time tu aku memang kalut. Sebab happy sangat. 

Aku terus lompat dari bas, lari lari lari lari turun pi kolej aku sambil ucap Alhamdulillah. 

Menagis lagi time tu. Tapi menangis happy.

Terus masuk bilik terus peluk Zatul.

Aku tak nak dah ulang benda yang sama.

ALHAMDULILLAH~



Tuesday, May 08, 2012

Gembira

KARYA AGUNG ATHIRAH AZLAN around 8:55 PM
entri saya 
7 NOTA CINTA Links to this post
Assalamualaikum.


Entry lepas sedih, entry hari ni gembira pulak. Kebetulan. Haha. Kebetulan lagi, melibatkan orang yang sama.


Hari ni hari ketiga aku di UiTM dan hari kedua start kelas after cuti midsem dua minggu yang memang tak cukup.


Aku masuk modul baru iaitu Gastrointestinal and Hepatobiliary System.


Atau pendeknya GIT.


Modul ni pasal sistem penghadaman dalam badan.


Modul ni memakan masa selama 4 minggu. Dalam tempoh tu, aku kira ada 42 lecture.


Dalam masa 4 minggu aku ada 42 lecture. Yaaaaaaaaaa...  +___+!


Tak campur lagi dengan tutorial nya lah, dengan makmal nya lah dan bla bla bla. Dalam masa 4 minggu ni hampir 100 kelas aku ada.


Kot.






Okey, berbalik pada tajuk.








Hari ni aku happy sebab aku naik satu bas dengan si dia dari fakulti pulang ke kolej dan aku memang sangat happy dan aku memang tak dapat sembunyikan rasa gembira ini sampai aku tersenyum senyum sendirian di dalam bas dan ini adalah kali pertama aku naik bas dengan si dia setelah menunggu hampir 1 setengah sem dan setelah aku menempuhi segala macam dugaan perasaan dan..






malangnya... hanya aku saja yang punya segala perasaan ni.
 

M I S S . T I T I . R A R A . Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei